Blog ini mengesahkan tentang saya, Nur Nabilah bt Mohd Fisol. Harap-harap enjoy. Jangan lupa jadi follower.

my picture

Loading...

Nur Nabilah

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Nur Najihah

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Muhammad Aniq Nabihan

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Muhammad Anaqi Najhan

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Friday, January 15, 2010

Cuti minggu

Argh! Baru bebas sikit.. Asyik terkurung saje. Orang kata kalau duk asrama boleh datang sekolah awal. Tapi kami ni bangun lewat sangat dalam jam 6.40 pagi baru kami bangun. Tak terjaga. Semuanya tidur mati. Itupun nyaris-nyaris sempat. Kat asrama, kerja sekolah kami tak pernah tak siap. Asyik siap jer sebab masa study dia banyak sangat. Makan pula tak payah cakap la. 5 kali sehari. Menu dia pula asyik tukar-tukar. Sekolah kluster la katakan.

Aku ambil unit berunifom okestra. Alat muzik yang aku pilih violin. Aku dah reti main keyboard tapi kenapa aku ambil violin? Sebabnya aku dah boring asyik tengok keyboard atau piano je dari dulu. Nak try sesuatu yang baru pula. Cikgu semua baik-baik.

Dekat asrama, aku ada 5 kawan baik. Lala, Naz, Nadhirah, Syamin dan Syafiqah. Kami 6 orang memang kamceng la. Lala (bukan nama sebenar) dan syafiqah budak yang baru saja kami kenal. Lala nie anak kelahiran Manchester yang satu kelas dengan aku. Dia Ketua tingkatan aku pula penolong ketua tingkatan. Okeylah, setakat ini sahaja. Till then. Kita jumpa lagi pada minggu yang akan datang.

Friday, January 1, 2010

Pendaftaran SMK Derma.

Tadi kira-kira jam 8.30 pagi, aku, mommy dan daddy berada di dewan SMK Derma. Aku mendaftarkan diri di sekolah tu bersama-sama dengan pelajar-pelajar lain yang yang dapat masuk ke sekolah kluster kecemerlangan tu. Sekolah tu hanya pelajar 5A sahaja yang dapat masuk.

Di sekolah tu ada 6 kelas. Kelas Tekun, Cekal, Aktif, Pintar, Waja dan Yakin. Aku berada dalam kelas 1 Pintar. Selain aku, ada 10 orang lagi dari sekolah aku. Anis, nureen dan Hafizzudin di kelas 1 Aktif. Kamil, Nusair, Alif, Nazlifa dan Syamin di kelas 1 cekal manakala Nadhirah dan Azfar bakal menjadi classmate aku. Pelajar sekolah ni nanati ada yang pergi ke SBP seramai 50 pelajar. Satu kelas 24 pelajar, jadi kalau 50 pelajar keluar tinggal lagi 4 kelas je la.

Asrama pula. Aku, Syamin, Nazlifa dan Nadhirah memohon asrama. Kami akan masuk ke asrama pada hari Ahad ni, pukul 3.00 petang. Kami bercadang nak duduk satu bilik tapi entah la. Harap-harap ya. Baju asrama aku tak beli lagi takut nanti aku masuk MRSM ke.

p/s: bye-bye blog. Asrama ku pergi. Engkau ku tinggalkan buat sementara waktu. Cewah! pandai aku buat ayat. hihihi... Nanti kalau ada sapa-sapa rajin, tolong jenguk-jenguk selalu.. Till we meet again.

Happy New Year!

Selamat tahun baru 2010.. Sedihnya dah tinggalkan 2009. 2009 the best la. Macam-macam suka, duka, pahit, manis, masam,masin dan macam-macam lagi la. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ceh! pandai aku berperibahasa pula ni..
Semalam tunggu detik 12 tengah malam. Sedihnya rasa apabila nak tinggalkan 2009. Sempena sambut tahun baru, kami beli kek.

Antara suka apabila dapat 5A dalam UPSR, duka pula apabila meninggalkan kawan-kawan dan guru-guru di STB. Hanya kenangan yang tinggal. Perkara yang paling ingat, tahun 2009 kali terakhir pakai kain sekolah warna biru tua. Sekarang tak dah. Hehehe... Umur dah meningkat. Tapi aku tak tua lagi ok. Aku insaf bila mommyku selalu cakap setiap tahun baru menjelma, "KITA MENGHAMPIRI MATI". Takut aku dengar.. Banyak-banyaklah berdoa.

Okaylah setakat itu sahaja.. Semoga jumpa di lain entri..

p/s: Menghampiri mati? Harap-harap panjang umur. AMIN..

Saturday, December 26, 2009

Majlis penutup program cuti sekolah

Pada 26 Disember yang lalu, iaitu semalam, telah diadakan satu majlis penutup program cuti sekolah di Masjid Al- A'ala, Jitra. Tujuan majlis ini diadakan adalah kerana etelah belajar Hafazan Al-quran, fardu ain, Al-quran dan jawi selama 25 hari. Ada penyampaian sijil, persembahan murid, ucapan dan jamuan.


Majlis itu bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.


Sebelum majlis bermula:



Sewaktu majlis bermula:

Pengerusi majlis

Amirudin Najib dari kelas Al-Quran sedang membaca Al-Quran

Ustaz sedang memberi sedikit ucapan.


Ustazah yang mengajar Aniq dan Najihah.

Ustazah Nafishah dan Ustazah Maryam.

Sesi bergambar deengan semua peserta:

Peserta lelaki dan perempuan. Cuba cari gambar aku. Yang berbaju merah tu.

Gambar peserta lelaki sahaja. Yang depan pakai songkok yang paling pendek tu adik aku, Aniq.

Gambar peserta perempuan.

Aku (bertudung merah).

Kami memang gembira pada hari tu. Sedih pun ada sebab tak boleh jumpa kawan-kawan dah.

Sempat lagi 'posing' depan masjid.

Kenduri kesyukuran Syamin

25 Disember yang lalu, ex- classmate aku kat Sekolah Tengku Budriah telah mengadakan kenduri kesyukuran kat rumahnya. Satu ekor kambing untuk Syamin, satu ekor kambing untuk aqiqah adiknya dan seekor lagi toknya pasang niat. Semuanya tiga ekor. Masak sendiri pula tu. Mesti penat.

Majlis tu mula pukul 8.00 malam sampai 12.00 tengah malam. Mula-mula kami ingatkan tengah hari, rupa-rupanya malam. Nasib baik kami datang malam. Kalau tidak, buat malu je. Hehehe....
Sewaktu kami datang, orang tak ramai sangat tapi ada orang dah la. Kami datang kira-kira pukul 9.00 malam.
Anaqi dalam bilik, main.

Aku dan syamin, sembang-sembang dalam bilik dulu.

Kira-kira jam 10.00 malam, kami pun balik. Waktu kami nak balik, orang masih ramai lagi. Geng-geng motor besar ayahnya tak datang lagi. 20 buah motor yang nak datang. Fuyoo!!!

Wednesday, December 23, 2009

Avatar

Assalamualaikum semua.

Jangan cemburu kalau nabilah cakap yang nabilah dah tengok movie Avatar. Semalam nabilah pergi tengok movie tu kat JM Cinema dekat je dengan rumah nabilah. Movie tu mula pukul 5.35 petang. Bila kami sampai kat sana, bukan main ramai orang yang nak tengok movie tu.. Rasanya, tinggal lagi beberapa tempat duduk je tinggal kat depan.

Photobucket

Yang pergi tengok cerita avatar ni hanya saya, kak ngah dan mommy. Kami tiga orang je. Yang lain semua duduk kat rumah. Cuba bayangkan, kami masuk pawagam pukul 5.30. Bila kami keluar jam dah tunjuk pukul 8.00. Lamakan? Tapi cerita dia memang best. Sebenarnya, kawan yang cakap kata movie ni best.

Tuesday, December 22, 2009

Dah dapat surat.

Ye!!! Gembiranya.. Dah dapat surat tawaran belajar.. Saya dapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis. Sekolah yang terkenal jugak kat Perlis. Hari ini baru dapat surat tu..

surat tawaran ke SMK Derma.

Lepas tu, saya pergi check nama kat laman web Jabatan Pelajaran Malaysia. Nak check la, mana la tahu dapat sekolah berasrama penuh. Tapi, tak dapat. Mommy dan daddy cakap mungkin nanti nak pergi MRSM. Harap-harap macam tu lah. Saya minta MRSM Langkawi. Kalau mereka bagi MRSM yang paling dekat dengan rumah pun tak kisah. MRSM Kubang Pasu.

Tapi yang pasti, sekarang ni gembira juga sebab dapat tahu sekolah mana daripada tak tahu mana-mana sekolah pun.