Bunga api di rumah Tok Wan & Tok KedahBestnya raya tahun ini sebab banyak aktiviti yang kami adik beradik lakukan. Syok jugak sebab dapat bertemu dan beraya dengan sepupu sepupu kami dan saudara yang lain. Raya tahun ini kami beraya di rumah Atuk dan Nenek dulu di Ipoh Perak. Semua ayah dan mak saudara dan sepupu sepupu kami berkumpul. Dua tiga hari sebelum raya pun best sebab dapat main bunga api. Raya kalau tak ada bunga api tak seronok sebab budak budak memang suka main bunga api. Tapi mesti ada orang dewasa mengawasi. Makcik, maksu, pak uda, mommy, daddy dan yang lain2 pun turut serta bagi mengawasi kami dan sepupu sepupu kami. Anaqi yang kecik tu pun join sekali, siap masuk dalam kotak tempat simpan bunga api lagi.

Bunga api di rumah Atok & Nenek Perak
Kemudian pada raya pertama daddy buat sesi bergambar pulak. Kerana daddy dah beli camera baru jadi gambar diambil oleh daddy sendiri, tak payah pergi kedai lagi. Disebabkan kami ini kanak kanak ribena jadi gambar agak kelam kabut. Ada yang senget sana senget sini, melompat sana melompat sini dan macam macam lagi.
Gambar bersama Atok dan Neneksesi bergambar bersama keluarga belah Kedah tak dapat dijalankan kerana kami beraya pertama sampai ketiga di Perak, jadi tahun depan belah Kedah pulak, gilir gilir

Dan gambar ni adalah Anaqi yang bermain air dirumah tok kedah, sibuk dok kacau mak ndak basuh kereta









Glitterfy.com - Glitter Graphics

3 comments:
Wah wah wah. ni memang raya sakan ni. lagi 3 hari nak raya duk main bunga api dah. tak aci ni. auntie kecik2 dulu tak main sgt. auntie fobia sikit dgn api-api sume ni. hehe. tengok org main je la.
duit raya pulak apa cerita? banyak tak dapat? chor yg dh besr ni pun dapat ke? =) jangan lupa simpan dalam bank ye. nanti tak pasal2 abis semua duit. hehe. mommy n daddy bagi berapa sorg? huhu. jahat betul auntie ni tanya macam2 =)
a.fisol beli camera apa ye kak mai? meh la share cerita skit ;)
hai kak mai...
selamat hari raya.. maaf zahir batin ye... tak dpt pegi salam, kirim ikut sini pun boleh la ye.. :)
sakan raya anak2 akak ek.. heee.. anak fika tak berani main bunga api atau mercun... dia panggil 'bom'.. haha.. kitorang terlebih gertak kot.. sbb dia mmg langsung x pernah mintak nak beli.. takut kena tangan katanya.. haha..
fika skang tgh tunggu hari je lagi.. EDD minggu depan, 16/10/2008... doakan fika ye.. :)
Selamat Hari Raya sekali lagi..
Dear Sarah,
dia pulun pi Queensbay Penang cari Olympus E520.. ingat nak cari E420 sebab budget contraint tapi amoy tu ayat apa ntah siap ambil yang mahal... akibatnya raya ni dia pakai baju tahun lepas... kasut pun kasut kerja... dasat sungguh orang laki-laki ni kalau angau camera.. bawak kereta pun gantung kat leher takut terhentak dalam kereta... semua benda jadi bahan inspirasi konon.. semalam dia siap nak berhenti tengah hiway nak tangkap gambar pakcik tua lintas jalan pegang tangan cucu .. konon reall.. aduh pening..
Dear Fika,
akak doakan mudah bersalin 2nd anak ni.. sakitnya tak sama tiap-tiap anak.. akak 3 anak pertama kena induce.. sakitnya Tuhan saja yang tahu... last one akak try epidural.. masalahnya langsung tak rasa sakit sampai baby keluar pun kita tak sedar.. dah disuruh push based on constraction scanner (sarah! akak dah lupa term ni) .. eloklah takutkan anak main bunga api ni... habis duit jadi asap.. main 10 batang bunga api tak cukup.. adik ipar akak kaki bunga api.. tiap tahun dia yang sponsor.. kami semua ni kaki bakar je.. dia spend RM600 untuk bunga api, mercun berbagai-bagai.. dalam hati kata baik bagi kita buat beli baju raya..
Post a Comment