I made this widget at MyFlashFetish.com.

MY FAMILY

my picture

Loading...

Nur Nabilah

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Nur Najihah

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Muhammad Aniq Nabihan

Lilypie 6th to 18th PicLilypie 6th to 18th Ticker

Muhammad Anaqi Najhan

Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker

Sunday, November 22, 2009

Kelas tahfiz Al-Quran.

Hari kedua cuti sekolah. Sudah kena pergi kelas intensif. Lokasinya dekat Masjid A-A'ala. Dekat dengan Zul mee rebus. Tapi best juga. Boring kalau duduk rumah saja. Ada 4 pakej; Jawi dan fardu ain, Al-quran dan fardu ain, tahfiz Al-quran dan bahasa arab. Aniq ambil pakej jawi dan fardu ain. Najihah pula pakej Al-quran dan fardu ain. Saya pula pakej tahtiz Al-quran.

Esok saya tak pergi kut kelas tahfiz sebab nak pergi sekolah ambil borang MRSM yang GB dh sahkan. Lepas tu nak ambil duit 5A UPSR yang PIBG sekolah bagi. hehehe.. mata duitan la pula.

Hari Selasa pula saya kena pergi Sekolah Sri Indra, Kangar jawab soalan. 5A je yang kena jawab soalan.
Ok lah. Setakat ini sahaja.

Saturday, November 21, 2009

Friends Forever

friends forever

Kami berempat memang rapat. Anis, Amani, Saya dan Nazlifa.(dari kiri) Lawat blog kami. sila klick sini kalau nak melawat blog kami.

Friday, November 20, 2009

Kenangan di STB

with freinds

Rindunya...
Saya dengan Aishah, Alia, Syafiqah dan Sufiza.

Hari Perpisahan

Hari ini hari terakhir kami berada di Sekolah Tengku Budriah. Terasa sedih pula. Tadi di kelas 6 W ada jamuan perpisahan tahun 6W. Kami memeng rasa sedih sangat. Rasa macam tak nak berpisah jer. HAHAHAHA! Tapi nak buat macam mana, umur dah meningkat. Lepas ini sekolah menengah pula.

Tadi waktu jamuan, ada yang makan ada yang jadi waiter. Masa orang ni makan, orang lain yang layan 'tetamu'. Bergilir-gilir la. Jadi adil semua.

Untuk menyebabkan persahabatan tak putus, nasib baik ada blog. Boleh tahu pasal cerita.
Ayat yang akan ku ingat, dari Cikgu Saripah"Senyum Selalu". Dari Sir,"Dear Nabilah, hope for the best". Macam-macam lagilah. Dari kawan-kawan pun sama.

Thursday, November 19, 2009

5A!!!

5A

Alhamdulillah. Ya ALLAH telah makbulkan doaku. Untuk pengetahuan semua, saya telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ni. Tahniah juga kepada kawan-kawan saya yang mendapat 5A. Anis, adawiyah, nazlifa, nureen, ain, syamin, alif, nadhirah, adilah, saadah, afzan dan ramai lagilah. Sekolah saya yang mendapat lima 5A ialah 30 manakala 4A 1B 19 orang apa pun tahniah.

Bagi sepupu saya, Luqman, saya tak tahu dia dapat berapa A. Adik beradik saya yang lain. Jiran saya pun saya tak tahu. Hari ini terlalu excited dapat 5A sampai terus pergi pejabat MARA. Saya minta MRSM Langkawi. Minta-mintalah dapat.
Oklah setakat ini sahaja.

Good Luck kepada kawan-kawan, teruskan hidup walaupun gagal especialy to amani. Try the best. Jumpa nanti. bye.


Monday, November 16, 2009

Hari graduasi Tahun 6

Tadi kat sekolah ada majlis graduasi tahun 6. Majlis itu diadakan di podium Sekolah Tengku Budriah. Cuma bagi fail rekod murid jer.
kalau nak tengok dekat klik di sini.
Pada masa itu juga, hadiah bagi pertandingan futsal, pertandingan memesak dan folio minggu bahasa. Pemenang bagi pertandingan futsal perempuan tempat pertama dapat kat Saga Team. Ketua kumpulan Salsabila Jamil.

Bagi pertandingan memasak, kumpulan yang dapat tempat pertama ialah kumpulan 10 Opinions. Ketua kumpulannya, Fatin Auni.


Folio Minggu Bahasa, pemenanya banyak tapi salah satunya kumpulan saya la. Hehehe... Anis Farhana yang ambil hadiah sebab dia ketua kumpulan. Ahli kumpulan kami ialah Nurul Amani Mazlan, Nur Nazlifa dan saya termasuk Anis.


Ketua dan penolong ketua kelas juga dapat penghargaan. Filzah Hanim dan Afif Nazhan dapat penghargaan tadi. Filzah ketua kelas manakala Afif penolong ketua kelas


Lepas majlis graduasi ada jamuan perpisahan tahun 6. Lokasinya di kantin sekolah. Ada nasi ayam, kek, coklat, puding dan macam-macam lagi.
cupcake Upin & Ipin.

Cenderamata..

Kek perpisahan tahun 6..

Thursday, November 12, 2009

Main chess set kat sekolah.

Lepas UPSR memang boring. Sekarang semua cikgu tengah kira markah untuk anugerah kecermelangan dan Kelas untuk tahun hadapan. Kami dalam kelas memang tak buat apa pun. Main chess la dalam kelas. Main dengan Amani ke, Nazlifa ke.
Gambar kami main chess pun ada.


Tengah fikir jalan untuk menang.
Sekarang giliran saya main. Fikir, Nabilah,Fikir.
Dah nak dekat keputusan UPSR nak keluar. Minta-minta dapat 5A. Nak masuk Kolej Tunku Kurshiah ataupun Kolej Yayasan Saad Melaka. Tapi kalau dapat 4A 1B, hmhm... tak payah mimpilah. Doakan lah yer untuk saya.. Semoga mendapat 5A dalam UPSR yang telah kami murid-murid tahun 6 lalui. AMIN..

Anugerah kecemerlangan 2009

Bestnya saya!! Dapat anugerah tahun ni. Dalam matapelajaran terbaik Matematik tahun 6. Saya dapat anugerah. Kak ngah dan Aniq tak dapat. Nadhirah, kawan kelas saya dapat nombor 1 dalam kedudukan 6W. Nazlifa nombor 2 dan Adilah nombor 3. Banyak lagi kawan saya yang dapat. Amirah, Salsabila Filzah dan lain-lain lagi.

Tuesday, November 10, 2009

Selamat Hari Lahir, Cikgu!

Hari Isnin lepas merupakan hari lahir guru kesayangan murid 6 W, Cikgu Saripah Din. Umur beliau yang keberapa pun saya tak ingat. Hehehe. Kami satu kelas membuat kejutan untuknya. Membeli kek hari lahir kepadanya. Sedap sangat.. YUM!! Rugi kepada orang yang tidak merasainya. Hehehe.. Nazlifa seorang yang tidak rasa.. Sebab dia tidak datang sekolah.

Itu sajalah yang dapat kami buat. Walau pun kami beli kek kat cikgu, jasa cikgu tidak dapat kami balas.


Happy Birthday
Get your Twitter to look nice with ahref="http://www.twitterbackgrounds.com/custom-twitter-backgrounds">Custom Twitter Backgrounds


Monday, November 9, 2009

Lawatan ke The Carnivall

Semalam ada lawatan ke Carnivall, Sungai Petani. Taman Tema Air kat Kedah. Best sangat. Lawatan untuk orang yang ambil bahagian dan mewakili sekolah. Saya dan kak ngah pergi. Tapi, tetiba Aniq nak ikut sekali.Jadi dia kena bayar lebih sikit la.

Mula-mula kami pergi melawat Menara Alor Setar. Lepas tu baru kami pergi carnivall. Ada tiga buah bas yang pergi ke sana. Satu bas untuk budak lelaki, satu untuk budak perempuan dan satu lagi untuk murid-murid PKBP.

Lama juga kami pergi Carnivall. Sebagai kenangan kami pergi Carnivall, kami tanglap gambar dengan ular. Saya dan Aniq saja yang bergambar dengan ular sawa. Geli sangat.. Ular tu jinak tak gigit orang pun.

Tuesday, November 3, 2009

Exam akhir tahun

Ujian akhir tahun telah bermula semalam. Abang Aniq rileks je tak baca buku pun. Tak tahulah kat dia nak jadi apa. Kak ngah pun sama la buat latihan tapi sambil tengok tv. Saya ni kata kat diorang tapi tak sedar diri pula kan? Saya pun jawab exam juga tapi bukan mata pelajaran teras. Cuma biasa- biasa je. Kajian tempatan. kemahiran hidup, pendidikan Islam, muzik, sivik, pjk, bahasa arab dan seni. Yang tu je. semoga berjaya. Exam tak sempat nak buka blog. Kalau tanya kenapa tak buka, jawapannya sudah ada disini.

Kereta baru

Pada 1 November yang lalu, daddy beli kereta baru. Proton Saga warna merah. Plat dia nombor KCP 4010. KCP jadi kami panggil sebagai kicap 4010. 4 maksudnya mati. Maknanya 4 didepan mati dulu. Hah?? Itu cuma mitos je la tapi tak tau la betul ke salah. Best naik kereta baru. Kami ambil kereta tu kat Alor Setar dekat dengan Giant Supermarket juga la.

Sabtu yang ceria

Hari ini ialah hari yang sangat ceria. Kenapa? Sebab tadi pergi kenduri kat rumah supervisor Ph.D mommy kat UUM. Rumah dia kat Taman Tunku Sarina juga. Tapi nama rumah dia lain. Bahagian lain. Dekat je dengan rumah. Dia buat kenduri masuk rumah baru.

Lepas kami pergi kenduri, kami pergi tengok wayang pula. Cerita yang pernah saya sebut sebelum ni. THIS IS IT. Itulah tajuk cerita tu. Best cerita tu. Cerita pasal macam mana Michael atau Mikaeel Jackson berlatih untuk konsert This is it. Kalau jadi la konsert tu, mesti cantik. Memang cantik betul tengok latar belakang yang dia buat. Video clip semua baru. Tak da dah video clip thriller yang lalu tepi kubur. Tapi video clip ni cantik tak takut pun walau pun penggambaran kat tepi kubur. HE HE HE .

Minggu ni dan minggu depan je tau boleh tengok. Only two weeks.

Persaraan Cikgu Sharipah Dahaban

30 Oktober 2009. Hari paling bermakna buat Cikgu Sharipah Dahaban. Beliau bersara setelah mengajar di sekalah kami selama 25 tahun. Untuk pengetahuan semua, cikgu Sharipah ialah cikgu Bahasa Melayu abang Aniq. Aniq tak bagi hadiah pun kat cikgu tu. Apalah dia ni..

Pada hari tu juga, ada hari minggu Bahasa Melayu. Saya mempersembahkan cerita pada hari tu. Kamil mendeklamasi sajak manakala Adilah, kawan kelas saya berpidato. Sebenarnya datang lambat tapi bila sampai sekolah cikgu Saripah Din terus suruh saya bersedia nak bercerita.

Monday, November 2, 2009

Lawatan ke Padang Besar.

Lawatan lagi? Banyaknya! Lawatan sambil belajar ke Padang besar ni Anjuran Kauseling Sekolah. Kami melawat Pusat Kastam Padang Besar. Murid-murid tahun enam saja yang pergi. Ada 3 buah bas ke Padang Besar. Bas Sekolah Teknik Kangar, bas Sekolah Agama Arau dan Bas Maktab Rendah Sains Mara Berseri(MRSM Berseri).

Macam di tunjukkan Macam mana nak Import barang, mesin periksa barang dan ada demostrasi Anjing Pengesan Dadah(APD). Anjing tu memang pandai. Dah jinak anjing tu. Dia dapat kesan dadah dengan cepat.Gambar anjing tu ada rakam tapi nantilah. Tak sempat.

Lepas kami diberi keterangan, kami diberi makan secara percuma. Terima kasih la ye! Kami pergi bazaar pula. Macam-macam kami beli. Sir suruh kami jalan dalam kumpulan. Waktu pergi sana, saya tak jalan sekali dengan geng Adawiyah dan Nazlifa tapi saya jalan dengan geng Sufiza, Aishah dan Athirah pula. Diorang not bad jugalah. Sejam kami habiskan masa kat sana.

Lawatan ke Galeri Diraja Arau

Pada hari Selasa, 27 Oktober 2009, ada lawatan ke galeri diraja. Sayangnya saya tak boleh pergi. Sebabnya mommy dan daddy tak boleh hantar . Mommy pergi KL macam dalam artikel sebelum ni. Jeles saya tengok gambar depa semua pergi galeri(contohnya Adawiyah). Best depa cerita. Tapi nak buat macam mana. Mengikut cerita mereka semua, mereka pergi galeri dengan kaki. Maksudnya dengan berjalan kaki la sebab cuma beberapa kilometer saja dari sekolah. Dekat sangat.

Lawatan ke Balai Bomba Arau

Pada 26 Oktober 2009, Sekolah Tengku Budriah mengadakan lawatan sambila belajar untuk Tahun Enam ke balai bomba. Balai Bomba? buat apa kat sana. Jauh tak la sangat. Kami pergi balai bomba tu jalan kaki tau. Kami? Saya dan semua murid Tahun Enam Sekolah Tengku Budriah Arau. Penat tak yah cakap la. Air dua botol kecil tau minum. Fuh!! Tapi best sangat.

Sampai dekat baai bomba tu, pegawai bomba tunjuk slide kat kami pasal kebakaran. Kami ditunjukkan alat-alat yang digunakan kalau tersepit kat dalam kenderaan waktu kemalangan. Kami juga diberi peluang menaiki kereta bombo tapi bagi kumpulan tertentu je sebab kesuntukkan masa.

Masa nak balik kami tak balik jalan kaki. Pihak bomba menumpang kami menaiki jentera bomba. mereka menghantar kami sampai sekolah. Duduk dalam jentera tu panas betul. Haba penuh dalam tu. Tambah pula, orang-orang yang naik tu semua berpeluh, lagilah panas.

mommy dan researchnya

Pada hari Selasa dan Rabu hari tu, 27 dan 28 Oktober, mommy dan daddy pergi Kuala Lumpur. Mereka buat Focus Group Discussion di PNB Darby Park Jalan Binjal off Jalan Tun Razak. Mommy buat perbincangan dengan pegawai tinggi Jabatan Sumber Manusia dari GLC- Puan Azlinda, VP MNRB Holding Berhad; En Abdul Wahab is Head of HR EPF; En Mohd Nizam, Senior Manager Northport Berhad; En Aminul Rashid, VP Petronas; En Hassan General Manager PLUS Expressway Berhad; En Mazlan Senior General Manager UMW Corporations dan dari PNB ialah En Aziz Anuar, VP dan En Zainal Halim, Eksekutif yang mommy selalu berhubung.

Mommy dapat tajaan geran penyelidikan dari PNB bagi tajuk "Future Leaders in Re-shaping an organisation" untuk tempoh 1 tahun. Hujung tahun ni mommy kena hantar laporan penyelidikan kepada PNB.

Sebelum ini pada 18 September bersamaan 28 Ramadan, mommy dan rakan penyelidikan menemubual YA Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad di KL.

Sekarang ni mommy tengah sibuk buat analisis maklumat yang dia dapat.